Sunday 27 January 2013

My interest


 HEYY GUYS,,,
NAMA AKU,, MOHAMAD AZLI BIN ISMAIL,,
UMUR AKU KALAU IKOT TAHUN NIE,,19LAAA,,
KALAU IKOT BULAN,,MUDA LAGI MAAA..  :P
HOBI AKU MAIN BOLA,,FUTSAL NGAN BADMINTON...
TIME SKOLAH MENENGAH DLU,,AKU DA WAKIL BOLA SEPAK UNTUK SKOLAH..* NAK HABAQ.. :)

MASA KAT SEKOLAH, 1ST AKU MAIN BOLA MASA FORM 1..MULA2 TU AKU BLUR JGK..CAMANA NAK MAIN BOLA SEBAB KECIK2 DULU AKU MAIN BOLA PAKAI TANGAN..MAI FORM 1 AKU TENGOK DEPA MAIN PAKAI KAKI...NAHH.!!! AKU HEQAN TERUS..LAMA2 HA AKU TERE LA MAIN BOLA..SIAP WAKIL NEGERI LAGI..SAJA BOMM.!! PERINGKAT SEKOLAH JA.. TAHU TAK SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR...HA SEKOLAH TU LA..SAPA TAK KENAI TAK TAW AR..

idola permain bola sepak saya ialah badrol bakhtiar....sebab dia kapten harimau malayaa....biodata dia mcm di bawah ni





Biodata Baddrol Bakhtiar
Nama penuh: Baddrol bin Bakhtiar
Tarikh lahir: 1 Februari 1988
Tempat lahir : Sungai Petani, Kedah, Malaysia
Ketinggian: 1.82 m
Posisi :  Sayap Kanan
Pasukan : Kedah
Facebook Baddrol Bakhtiar : Baddrol.7


Baddrol Bakhtiar (lahir pada 1 Februari, 1988 di Sungai Petani, Kedah) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama Kedah di Liga Super Malaysia. Dia selalunya dilihat bermain di bahagian sayap kanan dan pernah bermain untuk sayap kiri.

Penglibatan awal
Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama.

Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama dengan K. Soley di bahagian sayap kanan atau dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri. Pemergian K. Soley ke Perlis membuka peluang untuk Baddrol beraksi dalam kesebalasan utama. Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC.

Bawah 20 Malaysia
Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005. Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain di Bangalore, India pada tahun 2006. Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam.

Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge.



Peluang ke Stamford Bridge
Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge.



1 comment: